Tuesday 24 May 2011

Ruangan Homestay & Chalet









Musim Cuti Persekolahan

    Cuti pertengahan tahun sekolah akan bermula lagi. Saat yang dinantikan oleh anak-anak. Setelah penat bertungkus-lumus mentelaah pelajaran, musim cuti persekolahan sebegini dinantikan. Ibu bapa mula pening kepala. Perancangan rapi perlu dibuat bagi memenuhi aktiviti anak-anak yang bercuti selama dua minggu. Salah satu aktiviti yang sangat berfaedah adalah balik kampung. Selain itu, percutian merupakan salah satu aktiviti yang popular yang menjadi impian anak-anak kita.
  
    Banyak persoalan yang perlu difikirkan bila henhak bercuti. Ke manakah destinasi percutian kali ini???? Berapa peruntukan yang perlu disediakan????? Berapa lama????? Jarak ????? Aduhhhhhh pening....
Apa kata kali ini kita ubah destinasi percutian kita. Alami kelainan dari kebiasaan. Rasai suasana kampung lagi menjimatkan.......Jom kita bercuti di Ra'id Homestay & Chalet yang terletak di Kampung Pianggu, 26820 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur.

   Di sini suasana kedesaan menanti kunjungan anda sekeluarga. Banyak kemudahan yang disediakan. Anda boleh memasak sendiri di homestay ataupun merasai makanan enak di restoran atau kedai makan yang banyak terdapat di Kampung Tanjung Gemok. Pastinya anda sekeluarga menyukainya. Anda juga boleh bersiar-siar di perkampungan orang asli, sawah padi, ke jeti ikan , pantai dan juga ke Pulau Tioman....

    Jom....tempahlah dengan membuat panggilan +60137552737